Chong Wei Mara Ke Final Kejohanan Badminton Dunia Berdepan Lin Dan

Diterbitkan: Ahad, 11 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bangkit daripada ketinggalan untuk menempah tempat ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila menumpaskan Du Pengyu dari China pada separuh akhir di sini, malam Sabtu.

Pemain nombor satu dunia itu akan berdepan musuh tradisi, Lin Dan yang juga juara bertahan dari China, di Gimnasium Tianhe di sini, Ahad.

Lin Dan sebelum itu mengenepikan pemain Vietnam, Nguyen Tien Minh yang juga pilihan ketujuh, 21-17, 21-15 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Pertemuan di pentas akhir pada Ahad adalah peluang terbaik bagi Chong Wei untuk membalas dendam terhadap kekalahannya kepada Lin Dan, yang menafikan harapannya meraih kejuaraan dunia pada 2011 dan Sukan Olimpik 2012, kedua-duanya di London.

Dalam aksi separuh akhir, Chong Wei yang juga pilihan pertama kejohanan, gagal menterjemahkan aksi terbaiknya pada set pertama selain kerap melakukan kesilapan mudah untuk memberi kemenangan 22-20 kepada Pengyu.

Namun, pada set kedua, Chong Wei bangkit garang dengan pukulan kencang dan permainan jaring yang kemas untuk menang 21-12 ke atas pemain pilihan ketiga itu.

Pada set penentuan, walaupun diberi tentangan sengit dari Pengyu, Chong Wei berjaya menyerap tekanan untuk mencatat kemenangan 21-15.

Ketika ditemui pemberita, Chong Wei mengakui bahawa ketika perlawanan berlarutan ke 'duece' pada set pertama, kerana terlalu mahukan kemenangan, beliau melakukan kesilapan.

"Pada set kedua dan ketiga, saya berjaya mengawal diri (dan menang). Tetapi biasalah, ini taktik China supaya perlawanan hari ini (Sabtu) berlarutan ke tiga set (kerana saya akan bertemu Lin Dan esok).

"Tetapi okay...saya akan membuat persediaan yang lebih baik dari segi fizikal dan mental kerana perlawanan esok sudah tentu sengit," katanya yang berharap dapat mencapai impian bergelar juara dunia, kali ini.

Chong Wei berkata, beliau akan memberikan yang terbaik pada pertemuan dengan Lin Dan kerana baginya, kejohanan kali ini adalah peluang beliau mencapai gelaran tersebut.

"Semua pemain mahu jadi juara. (Tetapi) menang atau kalah tidak mengapa. Saya akan cuba dan terus cuba seperti yang dilakukan hari ini," kata pemain negara berusia 31 tahun itu.

Perlawanan akhir melibatkan lima kategori iaitu perseorangan lelaki dan wanita, beregu lelaki dan wanita serta beregu campuran akan bermula pukul 1 tengah hari (waktu Guangzhou sama seperti di Malaysia). - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan