Pemain Muda Indonesia Tekad Buat Kejutan Ke Atas Chong Wei

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Atas kertas, nampak sukar bagi Dionysius Hayom Rumbaka dari Indonesia untuk melepasi halangan pada pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia 2013 apabila bertemu pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei di Gimnasium Tianhe di sini, Selasa.

Namun, pemain muda Indonesia itu bertekad untuk membuat kejutan apabila bertemu jaguh badminton negara itu walaupun dalam enam pertemuan antara kedua-dua pemain itu sebelum ini, Hayom tidak pernah melakar kemenangan.

"Chong Wei seorang pemain berpengalaman dan berada dalam tahapnya yang tersendiri. Tetapi apa pun boleh berlaku dan kemungkinan saya boleh membuat kejutan.

"Saya sudah biasa bertemu Chong Wei dan sudah tentu saya ada strategi khusus untuk bertemu beliau esok," katanya di sini.

Hayom, 25, mara ke pusingan kedua kejohanan itu selepas menewaskan pemain Israel, Misha Zilberman 21-15, 23-21.

Hayom bertekad untuk menampilkan permainan yang lebih berkualiti berbanding pertemuan terakhirnya bersama Chong Wei di Terbuka Indonesia, Jun lepas apabila beliau tewas 17-21, 15-21 di peringkat separuh akhir.

Pada masa sama, beliau berharap dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran gelanggang di sini, apabila berdepan Chong Wei pada Rabu. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan