Koo-Tan Sudah Bersedia - Kim Her

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Ketua jurulatih beregu negara, Tan Kim Her menegaskan prestasi beregu utama negara, Tan Boon Heong-Koo Kien Keat berada pada prestasi memuaskan dan bersedia menggalas cabaran negara pada Kejohanan Badminton Dunia 2013 di sini.

Beliau berkata dalam tempoh sebulan lepas, pasangan berkenaan melakukan persiapan yang cukup baik kerana menyedari bahawa mereka mempunyai tanggungjawab besar yang perlu dilunaskan pada kejohanan berkenaan.

Selain undian yang berpihak kepada mereka, Kim Her berkata kedua-dua pemain tersebut juga sedar bahawa mereka memiliki peluang terbaik untuk kembali menyinar di persada antarabangsa.

"Saya percaya mereka sudah bersedia. Kami sebagai jurulatih turut memberi banyak motivasi dan berharap ia dapat memberi keyakinan kepada mereka berdua (Tan-Koo)," katanya ketika ditemui pemberita di sini. Beregu nombor satu negara itu yang juga pilihan kedua kejohanan, sebelum ini menempah tempat ke pusingan kedua selepas mendapat 'bye' pada pusingan pertama dan kini mara ke pusingan ketiga.

Mereka layak ke pusingan 16 beregu terbaik itu (pusingan ketiga) setelah tiga pasangan iaitu Maneepong Jongjit-Nipitphon Puangpuapech (Thailand), Peter Kaesbauer-Josche Zurwonne (Jerman) dan Pranaav Jerry Chopra-Akshay Dewalkar (India) menarik diri daripada kejohanan berkenaan.

Pada pusingan ketiga Khamis ini, pasangan utama negara itu akan bertemu pemenang antara Lee Chun Hei-Ng Ka Long (Hong Kong) dan Adrian Liu-Derrick Ng (Canada) yang akan beraksi esok.

Koo-Tan dijangka tidak menghadapi masalah melepasi pusingan ketiga tersebut, sebelum berdepan cabaran sebenar di peringkat suku akhir daripada dua pasangan Korea Selatan, Kim Ki Jung-Kim Sa Rang atau Shin Baek Choel-Yoo Yeon Seong.

Sebelum ini, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) meletak syarat kepada pasangan berkenaan untuk sekurang-kurangnya mara ke pentas akhir pada kejohanan dunia itu atau berdepan hukuman bahawa 'hubungan' mereka akan dipisahkan berikutan prestasi yang merudum sejak beberapa tahun lepas.

Sementara itu, Boon Heong berkata: "Baguslah kalau mara (ke pusingan ketiga), boleh simpan tenaga. Tetapi yang tidak bagusnya, kita tiada persediaan yang cukup sebelum menghadapi perlawanan sebenar." -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan