Kejohanan Dunia: Malaysia Kemuka Bantahan Isu 'Scoreboard'

Diterbitkan: Selasa, 6 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Malaysia akan mengemukakan bantahan rasmi kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berhubung masalah teknikal pada papan mata elektronik (scoreboard) ketika pertemuan antara beregu campuran negara, Tan Aik Quan-Lai Pei Jing dan Tang Jinhua-Tao Jiaming dari China pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2013, di sini Isnin.

Tanpa mahu menyalahkan mana-mana pihak berhubung isu tersebut, jurulatih beregu campuran negara, Jeremy Gan berkata masalah tersebut telah menyebabkan pasangan negara hilang fokus dan terpaksa akur kepada gandingan tuan rumah itu.

"Saya sudah menganalisa rakaman video. Mata yang diperoleh pemain kita terhenti sedangkan pemain kita mengira sendiri mata tersebut. Sebenarnya kedudukan pada set pertama terikat 20-20. Kedudukan itu (20-20) adalah mata amat penting.

"Tetapi apabila pengadil menyatakan kedudukan 19-20, pemain kita tertekan dan kecewa menyebabkan mereka kalah pada set pertama. Pada set kedua, mereka terus hilang fokus," katanya di sini.

Dalam aksi tersebut, Aik Quan-Pei Jing tewas kepada pasangan China itu 19-21, 7-21.

Sementara itu, pengurus pasukan negara, Tony Tan berkata beliau akan membangkitkan perkara itu kepada BWF dan penganjur agar insiden tersebut tidak berulang sehingga menjejaskan standard kejohanan berkenaan.

Beliau berkata pemain negara bukan tidak boleh menerima kekalahan, namun biarlah dengan cara yang betul.

"Memang saya kecewa kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku pada kejohanan yang besar. Kita memang ada peluang untuk menang (pada set pertama) tetapi disebabkan masalah teknikal, kita kalah.

"Saya akan ajukan perkara ini agar penganjur dapat memperbaikinya supaya pemain dapat beraksi dalam fair level playing ground dan tidak menjejaskan standard kejohanan tersebut supaya berjalan lancar," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan