Chong Wei Ketuai Tujuh Pemain Malaysia Ke Pusingan Kedua Badminton Dunia

Diterbitkan: Isnin, 5 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU: Datuk Lee Chong Wei yang bermula cemerlang pada hari pertama Kejohanan Badminton Dunia 2013 di Gimnasium Tianhe di sini, mengetuai tujuh wakil Malaysia ke pusingan kedua yang dijadualkan lusa.

Pemain nombor satu dunia yang juga pilihan utama kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk mengatasi cabaran pemain Ireland Scott Evans dengan 21-11, 21-15 pada perlawanan pada Isnin.

Chong Wei akan berdepan pemain muda Indonesia, Dionysius Hayom Rumbaka pada pusingan kedua, Rabu ini.

Turut mara ke pusingan kedua ialah dua lagi pemain perseorangan lelaki Chong Wei Feng dan Liew Daren.

Wei Feng, pilihan ke-15 kejohanan, menempah tempat ke pusingan kedua selepas mengalahkan Rajiv Ouseph dari England 21-11, 21-15 manakala Liew terpaksa berhempas-pulas sebelum mengalahkan pemain Rusia, Vladimir Malkov 21-18, 20-22, 21-9.

Turut beraksi cemerlang ialah tiga beregu wanita negara.

Pasangan Ng Hui Ern-Ng Hui Lin tidak menghadapi masalah untuk menewaskan beregu New Zealand, Amanda Brown-Kritteka Gregory 21-9, 21-8 manakala Amelia Alicia Anscelly-Soong Fie Cho mengalahkan Audrey Fontaine-Emilie Lefel dari Perancis 21-12, 21-14.

Bagaimanapun gandingan Goh Liu Ying-Lim Yin Loo terpaksa bekerja keras sebelum mengetepikan cabaran pasangan Rusia, Irina Khlebko-Ksenia Polikarpova 21-13, 19-21, 21-9.

Beregu campuran negara, Ong Jian Guo-Lim Yin Loo juga melangkah ke pusingan kedua setelah mengalahkan pasangan Jerman, Peter Kaesbauer-Isabel Herttrich 21-14, 21-15.

Namun suasana hampa menyelubungi satu lagi beregu campuran negara apabila pasangan Tan Aik Quan-Lai Pei Jing terpaksa akur kepada gandingan China, Tao Jiaming-Jinhua Tang gara-gara masalah teknikal pada papan mata elektronik.

Mereka tumpas 19-21, 7-21 kepada pasangan tuan rumah itu selepas dinafikan mata pada set pertama bagi membawa perlawanan kepada penentuan 'deuce' apabila pengadil menyatakan mereka ketinggalan 19-20 ketika papan mata itu terhenti.

Keadaan itu menyebabkan mereka hilang fokus dan tumpas 19-21 pada set pertama dan 7-21 pada set kedua. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan