Nicol David Hampiri Peluang Pungut Emas Ketiga Sukan Dunia

Diterbitkan: Ahad, 4 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David hanya selangkah lagi untuk merangkul emas buat kali ketiga berturut-turut pada Sukan Dunia 2013 di Cali, Colombia.

Pada perlawanan separuh akhir di Canasgordas Club pada Sabtu, pemain berumur 29 tahun dari Pulau Pinang ini mudah mengalahkan pemain Peranchis, Camille Serme 11-5, 11-5 dan 11-8 untuk mara ke final bagi bertemu Natalie Grinham dari Belanda, demikian menurut laman web kejohanan www.worldgames2013.com.co.

Natalie pilihan ketiga kejohanan mengalahkan pemain Malaysia Low Wee Wern selaku pilihan kedua dengan 11-7, 2-11, 11-4 dan 11-4 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Wakil tunggal lelaki negara, Ong Bee Hee pula terkeluar dari kejohanan selepas kalah 4-11, 8-11 dan 4-11 kepada Peter Barker dari England di peringkat suku akhir pada Jumaat.

Nicol sebelum ini merangkul emas pada kejohanan empat tahun sekali ini di Duisburg, Jerman pada 2005 dan Kaohsiung, Taiwan pada 2009. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan