Chong Wei Idam Kejuaraan Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 3 Ogos 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GUANGZHOU (China): Selaku pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei mengidamkan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Dunia 2013 bermula Isnin, di Gimnasium Guangzhou Tianhe, di sini.

Jaguh badminton negara itu berkata dengan persiapan lebih rapi serta tumpuan sepenuhnya terhadap kejohanan itu, beliau berharap dapat merealisasikan impiannya, apatah lagi dia belum pernah menjuarai kejohanan tersebut.

"Saya harap dapat melakukan yang terbaik dan dapat mencapai impian saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas sesi latihan pertama skuad negara di gelanggang berkenaan pada Sabtu.

Chong Wei bersama 21 pemain negara tiba di sini dari Hong Kong hari ini, selepas hampir 10 hari menjalani latihan fasa akhir sebagai persiapan menghadapi Kejohanan Dunia.

Chong Wei juga mengharapkan agar tuah menyebelahinya pada kejohanan kali ini di Gimnasium Guangzhou Tianhe selepas kali terakhir beraksi pada Terbuka China beberapa tahun lepas, namun tumpas kepada pemain China, Bao Chunlai di pentas akhir.

"Kali pertama saya bermain di sini ialah semasa Kejohanan Remaja Dunia 13 tahun lepas. Saya tidak pernah bergelar juara di sini (gelanggang di Guangzhou) dan saya harap dapat melakukan yang terbaik kali ini," katanya.

Mengenai barisan pemain China yang mampu menggugat peluangnya bergelar juara pada kejohanan kali ini, Chong Wei berkata beliau tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu kerana fokusnya adalah untuk mempamerkan aksi terpuji.

"Memang kita tahu, pemain China mempunyai kelebihan beraksi di sini (di hadapan penonton sendiri). Bagi saya...saya akan melakukan yang terbaik dan saya lebih yakin kali ini," katanya.

Selain musuh tradisinya, Lin Dan, laluan Chong Wei untuk muncul juara pada kejohanan berkenaan mungkin datangnya daripada tiga lagi pemain China iaitu Chen Long, Du Pengyu dan Wang Zhengming.

Pada kejohanan Dunia 2011 di London, Chong Wei tewas kepada Lin Dan di pentas akhir. Selain Chong Wei, cabaran Malaysia dalam acara perseorangan lelaki pada kejohanan kali ini, adalah menerusi Liew Darren dan Chong Wei Feng. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan