Tengku Mahaleel Presiden BAM Baharu

Diterbitkan: Sabtu, 27 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tengku Mahaleel Tengku Ariff ketika sidang media selepas dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu. -foto FAIHAN GHANI
Tengku Mahaleel Tengku Ariff ketika sidang media selepas dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu. -foto FAIHAN GHANI

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai eksekutif Proton Holding Berhad Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff dipilih sebulat suara sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu.

Menyuarat agung tahunan (AGM) BAM di sini turut menyaksikan semua anggota gabungan badan sukan itu bersetuju mengekalkan Datuk Dr Ir Mohamed Al-Amin Abd Majid sebagai timbalan presiden I dan memilih Datuk Mohamad Norza Zakaria sebagai timbalan presiden II yang baharu, untuk penggal 2013/2017.

Sementara itu, jawatan setiausaha kehormat dan bendahari BAM akan diputuskan kemudian oleh presiden.

Tengku Mahaleel bukan muka baharu dalam dunia sukan kerana pernah menjadi juara badminton dalam acara perseorangan dan beregu serta menjadi kapten pasukan kriket Kolej Sultan Ismail Kelantan dan pasukan bola lisut pada tahun 1960-an dan awal tahun 70-an.

Beliau turut menganggotai pasukan badminton Universiti Malaya bersama Tan Aik Huang yang merupakan juara All-England.

Selain itu, Tengku Mahaleel merupakan seorang pelumba rali antarabangsa dan pernah muncul juara rali Malaysia pada 1989.

Pada AGM tersebut, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohammad Salleh dilantik sebagai Presiden Kehormat iaitu penasihat dalam menyelesaikan isu-isu tertentu sahaja.

Bercakap kepada pemberita selepas pemilihan BAM, Tengku Mahaleel berkata beliau memerlukan tempoh selama sebulan untuk menetapkan hala tuju baru badan induk badminton itu dengan meneliti sistem pengurusan persatuan itu.

"Cabaran dalam badminton ialah bagaimana untuk melahirkan lebih ramai jaguh badminton pada masa akan datang sekiranya masih menggunakan cara lama. Saya dan kepimpinan baharu akan bekerjasama meneliti perkara ini.

"Kita akan bekerjasama dengan ahli gabungan untuk mencari jalan bagaimana negara lain meningkat dalam badminton, kita akan teliti penggunaan teknologi atau pendekatan sains sukan yang digunapakai oleh mereka," katanya.

Tengku Mahaleel berkata beliau mahu menjadikan badminton satu industri serta meletakkan Malaysia antara pencabar terbesar dalam sukan itu.

"Untuk menjadikan badminton satu industri kita kena cari ramai pemain yang berkaliber, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan anak mereka dalam bersukan, kita perlu lihat industri sukan kini menawarkan pendapatan lumayan. Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei merupakan seorang jutawan," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan