Pengalaman Al-Amin, Aset Terbaik Sebagai Presiden Baharu BAM - Zolkples

Diterbitkan: Rabu, 24 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penglibatan Datuk Mohamed Al-Amin Abdul Majid dalam sukan badminton negara dan hubungan baik beliau dengan pemimpin sukan itu di peringkat antarabangsa merupakan aset terbaik, untuk dicalonkan sebagai presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong berkata timbalan presiden BAM itu bukan sahaja pentadbir cemerlang malah bekas pemain berpengalaman luas dalam sukan badminton.

"Pengalaman yang beliau miliki sangat berguna kepadanya untuk menggalas jawatan tertinggi badan induk itu dan melaksanakan tugas sekiranya beliau masih berminat dan terpilih.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan beliau (Al-Amin) sekiranya beliau terpilih mengetuai BAM kerana bagi saya, beliau memang calon yang baik," katanya ketika ditemui pemberita selepas forum Integriti Dalam Sukan di sini pada Selasa.

Sebelum ini, majoriti anggota gabungan BAM menyatakan sokongan kepada Al-Amin, malah akhbar semalam melaporkan beliau dijangka mendapat laluan mudah jika bersetuju dicalonkan sebagai presiden kerana mendapat sokongan 90 peratus anggota majlis untuk menerajui BAM.

Ditanya jika calon lain memegang jawatan presiden BAM selain Al-Amin, Zolkples berkata perkara itu tidak menjadi masalah asalkan pemimpin berkenaan dapat menjalankan tanggungjawab membangunkan badminton.

"Pemain harus diberi jaminan mendapatkan bantuan dan sokongan bagi membolehkan mereka mempertingkatkan prestasi kerana badminton merupakan sukan berprofil tinggi," katanya.

Jawatan presiden BAM kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh tidak mahu mempertahankan kedudukannya itu kerana memberi tumpuan sebagai presiden Persatuan Badminton Asia (BAC), sejak dilantik Mac lepas.

Al-Amin sebelum ini tetap dengan pendirian untuk tidak bertanding merebut jawatan presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu yang dijadual berlangsung 27 Julai kerana merasakan dirinya hanya layak memegang jawatan kedua tertinggi BAM.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan