Serena Bangkit Dari Kekecewaan Wimbledon

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Serena Williams
Serena Williams

PEMAIN nombor satu dunia, Serena Williams bangkit dari kekecewaan Wimbledon dengan menumpaskan Johanna Larsson untuk memenangi kejohanan Tenis Terbuka Sweden pada Ahad.

Pemain Amerika itu menang 6-4 6-1 ke atas pemain tuan rumah tersebut.

Williams, 31, kini telah memenangi 51 perlawanan dan tujuh kejohanan sepanjang tahun ini.

Awal bulan ini, dia diletakkan sebagai pemain pilihan untuk memenangi kejuaraan Grand Slam yang ke-17 di kejohanan Wimbledon tetapi tersingkir di tangan Sabine Lisicki pada pusingan keempat.

Sabine muncul sebagai naib juara kemudiannya.

Bagaimanapun Terbuka Sweden yang dimenanginya itu bukanlah sebuah kejohanan lima bintang dan hanya dianggap sebagai sebuah kejohanan empat tangga di bawah Grand Slam.

Pemain pilihan kedua pada kejohanan ini ialah Simona Halep yang berkedudukan di tangga ke-30 dunia.

Larsson pula walaupun merupakan pemain tenis wanita nombor satu Sweden tetapi hanya berada di tangga ke-76 dunia.

BERIKUT ADALAH SENARAI KEMENANGAN SERENA SEPANJANG 2013:

> Januari - Brisbane International (gelanggang keras)

> Mac - Terbuka Sony, Miami (gelanggang tanah keras)

> April - Piala Family Circle, Charleston Amerika (gelanggang tanah liat)

> Mei - Terbuka Madrid (tanah liat)

> Mei - Terbuka Itali (tanah liat)

> Jun - Terbuka Perancis (tanah liat)

> Julai - Terbuka Sweden (tanah liat)

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan