Chong Wei Dilelong RM431,190 Kepada Mumbai Masters - Raket | mStar

Chong Wei Dilelong RM431,190 Kepada Mumbai Masters

Diterbitkan: Selasa, 23 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei

NEW DELHI: Pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dijual US$135,000 (RM431,190) kepada Mumbai Masters sempena lelongan Liga Badminton India (IBL) pada Isnin.

Beliau diberikan harga asas tertinggi US$50,000 (RM159,700).

Pemain utama India, Saina Nehwal, yang juga diberi harga asas tertinggi dipilih oleh Hyderabab Hotshots untuk US$120,000 (RM383,280), lapor media India.

Empat pemain India lain turut menerima harga asas tertinggi -Parupalli Kashyap, Jwala Gutta, Ashwini Ponnappa and PV Sindhu.

Enam pemain itu yang diletakkan dengan harga asas paling tinggi diberikan status pemain ikon.

IBL ialah liga francais yang dicadangkan Persatuan Badminton India.

Edisi pertama liga yang akan disertai pemain India dan asing, dijangka berlangsung bulan depan.

Lelongan pertama pemain IBL dijangka disertai 150 pemain untuk 66 tempat dalam enam pasukan, setiap francaisi boleh menampilkan 11 pemain, termasuk maksimum empat pemain asing dan seorang pemain bawah 19 tahun.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan