Teck Zhi Muncul Johan Junior Asia

Diterbitkan: Isnin, 15 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pemain Malaysia Soo Teck Zhi muncul juara junior Asia selepas berhempas pulas menentang Jin Jeon Hyuk dari Korea Selatan di Kejohanan Badminton Belia Asia Bawah-19 100PLUS di sini, Ahad.

Teck Zhi yang merupakan pemain kedua Malaysia merangkul mahkota itu selepas Zulfadli Zulkifli, menewaskan pihak Korea 21-17, 13-21, 21-15 untuk memenangi juara perseorangan lelaki.

Zulfadli meraih kejayaan itu pada 2011 di bawah Kelab Raket Kuala Lumpur.

Teck Zhi kemudian mendedahkan bahawa kemenangan itu sebagai menampung peluang yang terlepas tahun lepas oleh beliau akibat pertembungan tarikh dengan kejohanan Sekolah-sekolah ASEAN yang beliau sertai dan menang.

"Saya telah menunggu sekian lama untuk pertandingan ini dan kemenangan ini satu perasaan yang amat menyeronokkan," kata Teck Zhi, selepas upacara penyampaian hadiah.

Dalam kategori wanita, pemain Jepun Aya Ohori, pilihan nombor tiga di sini, muncul juara perseorangan wanita selepas menewaskan pemain pilihan utama Thailand Ongbamrungphan Busanan 21-11, 19-21, 21-13 di peringkat akhir.

100PLUS, yang mengambil pemenang pingat perak Olimpik, Datuk Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong dan juga pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali, Khairul Fahmi dan Safiq Rahim sebagai duta jenamannya, adalah penaja utama kejohanan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan