China Rampas Semula Gelaran Juara Asia Bawah 19 Tahun - Raket | mStar

China Rampas Semula Gelaran Juara Asia Bawah 19 Tahun

Diterbitkan: Khamis, 11 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: China muncul juara Kejohanan Badminton Asia Bawah 19 Tahun 100PLUS setelah mengalahkan Korea Selatan 3-1 di Kompleks Sukan Kota Kinabalu di sini, Rabu.

China menebus kekecewaan dengan Jepun dalam final tahun lepas untuk merampas kejuaraan bagi kali keenam sejak acara berpasukan itu diperkenalkan pada 2006.

China memperoleh mata pertama menerusi beregu campuran Chen Qing Chen dan Huang Kai Xiang yang mengatasi Choi Sol Kyu-Chae Yoo Jung 21-18, 21-9.

Bagaimanapun, Korea Selatan menyamakan kedudukan apabila Jeon Hyuk Jin terpaksa berhempas pulas untuk menundukkan Lin Gui Pu 22-20, 21-17 dalam acara perseorangan lelaki.

Beregu lelaki Liu Yu Chen/Li Jun Hui meletakkan China mendahului 2-1 apabila menundukkan Sol Kyu/Park Se Woong 18-21, 21-16 dan 21-8.

Pemain perseorangan wanita Qin Jin Jing mengesahkan kejayaan China apabila menewaskan Kim Hyo Min dengan keputusan 22-20 dan 21-12.

Jepun dan Indonesia muncul pemenang bersama tempat ketiga.

"Hasil usaha keras kami sejak dua tahun lepas akhirnya membuahkan hasil," kata ketua jurulatih China, Su Cheng Hua selepas majlis penyampaian hadiah.

Beliau berkata standard pemain remaja mereka merosot sedikit sejak dua tahun lepas tetapi berjaya dipulihkan pada tahun ini. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan