Malaysia Catat Kemenangan Dalam Perlawanan Pembukaan Menentang Singapura

Diterbitkan: Isnin, 8 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Malaysia mengalahkan Singapura 4-1 dalam perlawanan pembukaan Kejohanan Badminton 100PLUS Asian Bawah 19 yang berlangsung di sini, Ahad.

Pasangan beregu campuran Chua Khek Wei dan Yap Cheng Wen meraih mata pertama apabila mengatasi Terry Hee Yong Ka dan Elaine Chua Yi Ling dengan 21-18, 21-18, dan perseorangan lelaki Soong Joo Ven mengutip mata kedua selepas mengalahkan Bernard Ong Soo Yang 21-14, 21-15.

Singapura bangkit untuk mengutip mata pertama menerusi perseorangan wanitanya Liang Xiao-Yu yang menewaskan Ho Yen Mei dengan 21-17, 21-12.

Tumpuan pasangan beregu lelaki negara Darren Isaac Devadass dan Ong Yew Sin bagaimanapun tidak terjejas dengan kehilangan mata itu, sebaliknya bingkas meraih mata ketiga Malaysia dengan mengalahkan pasangan Terry Hee dan Tan Zi Jian 21-14, 21-19.

Beregu wanita Joyce Wai Chi dan Goh Yea Ching mengesahkan mata keempat negara selepas mereka mengalahkan Elaine Chua dan Yeo Jian Min 21-7, 21-17.

Malaysia dan Singapura berada dalam Kumpulan A bersama Indonesia dan Kazakhstan.

Indonesia kini berada di tangga teratas kumpulan selepas membelasah lawan 5-0 pada pusingan awal.

China, Nepal, Taiwan dan Vietnam berada dalam Kumpulan B, sementara Thailand, Uzbekistan, Jepun dan India dalam Kumpulan C, manakala Kumpulan D pula menyaksikan saingan antara Korea Selatan, Macau, Hong Kong dan Sri Lanka. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan