Bartoli Rangkul Kejuaraan Wimbledon

Diterbitkan: Ahad, 7 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain Perancis, Marion Bartoli merangkul kejuaraan Wimbledon kateogri wanita selepas menewaskan pemain Jerman, Sabine Lisicki dengan straight set, 6-1, 6-4 di All England Lawn Tennis Club, London, Britain, pada Sabtu. -Foto EPA
Pemain Perancis, Marion Bartoli merangkul kejuaraan Wimbledon kateogri wanita selepas menewaskan pemain Jerman, Sabine Lisicki dengan straight set, 6-1, 6-4 di All England Lawn Tennis Club, London, Britain, pada Sabtu. -Foto EPA

LONDON: Pemain nombor 15 dunia, Marion Bartoli dari Perancis meraih gelaran Grand Slam sulungnya selepas menewaskan pemain Jerman, Sabine Lisicki straigh set, 6-1, 6-4 pada Sabtu untuk merangkul Kejuaraan Wimbledon kategori wanita.

Bartoli, 28, merupakan wanita kelima tertua memenangi gelaran Grand Slam kali pertama.

Selepas enam tahun tewas kepada Venus William di perlawanan akhir Wimbledon, Bartoli kembali ke centre court dan berjaya meraih mahkota kejuaraan dengan mencatatkan kejayaan paling manis dalam kariernya.

Beliau hanya memerlukan 81 minit untuk menewaskan pemain rangking ke-23 dunia, Lisicki yang ternyata kecewa hingga mengalirkan air mata sebaik tewas di tangan Bartoli.

Dengan merangkul kejuaraan utama pada penampilan Grand Slam ke-47 dalam kariernya, Bartoli berjaya mengatasi rekod yang dicipta oleh Jana Novotana yang memenangi kejuaraan Wimbledon pada 1998 selepas penampilannya kali ke-45.

Bartoli, yang kini berada di rangking ketujuh dunia, tidak melepaskan sebarang set dalam tujuh perlawanan.

Ia merupakan gelaran Grand Slam sulung buat pemain kelahiran Perancis ini selepas Amelie Mauresmo memenanginya pada Wimbledon 2006.

- AFP

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan