Marion Bartoli Mara Ke Pusingan Akhir Wimbledon

Diterbitkan: Jumaat, 5 Julai 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Marion Bartoli melangkah ke pusingan akhir kejohanan Wimbledon 2013 apabila menewaskan lawannya Kirsten Flipkens pada perlawanan separuh akhir.

Bartoli menundukkan Flipkens dengan 6-1 6-2 pada Khamis, sekali gus menjejakkan kaki ke pusingan akhir kejohanan dunia itu buat kali kedua.

Beliau mengalahkan lawannya hanya dalam masa 63 minit.

"Saya seakan tidak percaya. Saya bermain dengan baik," kata Bartoli, yang pernah ditewaskan oleh Venus Williams dalam pusingan akhir pada 2007.

"Saya melihat bola seperti bola sepak. Saya pukulnya dengan licik dari mula. Bermain dengan baik dalam pusingan kahir di Wimbledon merupakan suatu perasaan yang begitu mengagumkan," katanya lagi. - REUTERS

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan