"Ini Bukanlah Satu Tragedi" - Nadal

Diterbitkan: Selasa, 25 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JUARA TERBUKA PERANCIS Rafael Nadal menegaskan kekalahannya pada pusingan pertama Terbuka Wimbledon di tangan pemain tidak terkemuka dari Belgium, Steve Darcis bukanlah satu tragedi.

Nadal tewas 7-6 (7-4) 7-6 (10-8) 6-4.

Beliau juga enggan menyalahkan kekalahan tersebut kepada kecederaan lutut yang dialaminya sekarang.

Nadal memasuki gelanggang dengan bahagian bawah lutut kirinya masih berbalut.

Manakala Darcis, pemain tangga ke-135 dunia, berusia 29 tahun itu yang digelar 'shark' mencatatkan kemenangan terbesar dan paling mengejutkan dalam sejarah karier profesionalnya.

"Ya memang sukar untuk ditelan apabila tewas pada pusingan pertama tetapi ini adalah sebahagian dari kehidupan bukannya tragedi," kata Nadal.

Tetapi siapakah Darcis? Pemain dari Belgium ini mencatat kedudukan tertinggi ranking dunia hanya pada tangga ke-44 pada tahun 2008.

Pada tahun itu juga beliau memenangi Terbuka Memphis Amerika Syarikat. Sepanjang kariernya Darcis hanya pernah memenangi dua kejuaraan sahaja.

"Apa yang ingin saya katakan ialah ucapan tahniah kepada Steve Darcis kerana bermain dengan penuh keyakinan dan hebat. Saya bukanlah orang yang menggunakan alasan kecederaan di atas kekalahan saya," jelas Nadal.

Nadal adalah pemain pilihan kelima kejohanan ini dan dua minggu sudah mencatatkan rekod kemenangan kelapan Terbuka Perancis.

Ini juga adalah kekalahan Nadal yang pertama pada peringkat pusingan pertama dalam 35 perlawanan Grand Slam yang pernah disertainya.

Kekalahan Nadal membuka laluan mudah kepada wakil Britain, Andy Murray untuk sampai ke perlawanan akhir memandangkan mereka diundi untuk berada di kumpulan yang sama menuju ke final.

Tahun lepas Nadal tewas di pusingan kedua kepada Lukas Rosol.

Kepada soalan apakah gelanggang rumput juga merupakan salah satu punca kekalahannya, Nadal mengakui memang sukar untuk seseorang pemain gelanggang tanah liat untuk menyesuaikan diri di gelanggang rumput terutamanya untuk mengekal gerak permainan.

Seseorang pemain kata Nadal perlu menyesuaikan diri di atas gelanggang rumput sebelum sesuatu perlawanan yang besar seperti Wimbledon dan dia tidak berpeluang untuk menyesuaikan diri dalam perlawanan pemanas badan.

Nadal, 27, mengambil keputusan untuk tidak menyertai kejohanan Halle, Jerman yang merupakan kejohanan gelanggang rumput sebelum Wimbledon kerana ingin berehat kerana kepenatan.

Pemain Sepanyol itu juga tidak menyalahkan kalendar perlawanan yang ketat sebagai kemerosotan permainannya di London.

"Bagi saya kalendar yang saya susun sangat sempurna. Jika tidak saya tidak akan memenangi tujuh kejohanan daripada sembilan yang saya sertai," ujarnya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan