Cabaran Negara Pada Terbuka Singapura Berakhir

Diterbitkan: Sabtu, 22 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cabaran negara pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura berakhir pada Jumaat apabila pemain perseorangan Chong Wei Feng terkandas di peringkat suku akhir.

Wakil tunggal negara itu ternyata bukan tandingan bagi pemain pilihan kelima Boonsak Ponsana dari Thailand selepas ditundukkan dengan keputusan 10-21 dan 19-21 di Stadium Tertutup Singapura.

Beberapa pemain negara sebelum ini gagal meneruskan kemaraan selepas tersingkir di pusingan kedua pada Khamis.

Jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei tidak menyertai kejohanan tersebut kerana mahu memberi fokus terhadap persiapan menghadapi Kejohanan Dunia 2013 di Guangzhou, China, Ogos depan. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan