Pertama Kali Sambut Hari Bapa, Chong Wei Raih Kemenangan Terbuka Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 17 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lee Chong Wei
Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR: Pemain badminton nombor satu dunia yang baru bergelar bapa Datuk Lee Chong Wei meraikan Hari Bapa pertamanya dengan kemenangan bergaya ke atas pemain Jerman, Marc Zwiebler untuk membawa pulang gelaran juara perseorangan lelaki dalam Terbuka Indonesia, Ahad.

Chong Wei, 30, bapa kepada bayi lelaki Kingston Lee, mengukuhkan reputasi beliau dengan meraih kemenangan kelima dalam kejohanan Super Series di Terbuka Indonesia.

Chong Wei, pilihan utama menang mudah dalam perlawanan dengan mata 21-15, 21-15 dalam perlawanan yang berlangsung hanya 40 minit.

Ia adalah penampilan pertama Zwiebler peringkat final menentang Chong Wei dalam kejohanan Premier Super Series.

Ia adalah gelaran keempat bagi Chong Wei tahun ini, setelah memenangi Terbuka Malaysia, Terbuka Korea dan Malaysia Grand Prix Gold Final.

Beliau membawa pulang AS$52,500 (RM163,500).

Dengan persembahan konsisten beliau, Chong Wei sememangnya telah meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain pilihan dalam Kejohanan Dunia di Guangzhou Ogos ini.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan