Chi Wing Dan Yen Mei Muncul Juara GP Akhir Sirkit Badminton Remaja - Raket | mStar

Chi Wing Dan Yen Mei Muncul Juara GP Akhir Sirkit Badminton Remaja

Diterbitkan: Ahad, 16 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Lim Chi Wing dan Ho Yen Mei muncul juara masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Grand Prix Akhir Sirkit Badminton Remaja Kebangsaan 100PLUS 2013 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (SUKPA) di sini, Ahad.

Pada perlawanan akhir, Chi Wing, 18, mewakili pasukan Kuala Lumpur, ketinggalan set pertama sebelum bangkit untuk menundukkan pencabarnya Soong Jee Ven dari Selangor dengan keputusan 14-21, 21-18, 22-20 dalam kategori bawah 18 tahun.

Yen Mei, 17, juga wakil Kuala Lumpur, terpaksa bermain berhati-hati untuk merangkul gelaran apabila mengetepikan saingan sengit Slyvia Kavita Kumares dengan keputusan 21-18, 22-20.

Chi Wing berkata beliau bangga untuk mencapai kejayaan tahun ini selepas hanya layak ke separuh akhir tahun lepas. Perasaan sama turut diluahkan oleh Yen Mei yang berjaya mencapai sasaran untuk ke final.

Acara beregu lelaki dimenangi oleh pasangan D.Darren Issac/Ong Yen Sun manakala acara wanita pula disandang oleh Goh Yen Ching/Peck Yen Mei.

Seramai 350 pemain menggabungkan pelatih Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) beraksi dalam kejohanan yang bermula Rabu lepas.

Selain kategori bawah 18 tahun, kejohanan itu turut mempertandingkan kategori bawah 12, 14 dan 16 tahun lelaki dan perempuan. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan