Malaysia Catat Kemenangan Pertama Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia

Diterbitkan: Isnin, 10 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat kemenangan pertama pada Kejohanan Skuasy Berpasukan Lelaki Dunia Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) yang berlangsung di Mulhouse, Perancis, pada Ahad.

Pemain Malaysia mengalahkan Botswana 2-1 dalam perlawanan pertama mereka.

Malaysia memperoleh mata pertama menerusi Mohd Nafiizwan Adnan yang mengalahkan Lekgotla Mosope dalam perlawanan 'straight set' 11-6, 11-4 dan 11-5, namun Botswana kemudian menyamai kedudukan setelah Ong Beng Hee dikalahkan pemain pilihan pertamanya, Alister Walker dalam perlawanan 'straight set' 3-11, 8-11 dan 9-11.

Mata kemenangan untuk Malaysia diperoleh menerusi Muhd Asyraf Azan setelah beliau menewaskan Koketo Ntshebe, 11-3, 11-4 dan 11-6.

"Perlawanan pertama selalunya sukar ... keseluruhannya, Alister bermain dengan sangat baik dan ianya panas dan memantul. Ia sukar untuk setiap orang , musim PSA telah berakhir dan saya cuba sentiasa berwaspada demi pasukan meskipun ia bukan tugas yang mudah. Ia melibatkan soal mental.

"New Zealand, pertemuan yang besar esok," kata Beng Hee sebagaimana dipetik dari blog perlawanan.

Malaysia akan menentang New Zealand esok dalam pusingan kedua Round Robin Kumpulan E sebelum bertemu Poland pada 11 Jun. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan