Tenis: Tsonga Tewaskan Federer, Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Rabu, 5 Jun 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tsonga (kanan) bersalaman dengan Federer selepas memenangi perlawanan suku akhir erbuka Perancis, Rabu.
Tsonga (kanan) bersalaman dengan Federer selepas memenangi perlawanan suku akhir erbuka Perancis, Rabu.

BINTANG tenis Perancis, Jo-Wilfried Tsonga mara ke aksi separuh akhir selepas menundukkan pemain ketiga dunia, Roger Federer 7-5 6-3 6-3 pada perlawanan suku akhir tenis Terbuka Perancis awal pagi Rabu.

Tsonga mempamerkan aksi bertenaga di laman sendiri biarpun tewas pada set pertama, sebelum bangkit menguasai dua set seterusnya.

Tsonga bakal meneruskan aksinya dengan bertemu David Ferrer selepas pemain Sepanyol itu menumpaskan Tommy Rebredo 6-2 6-1 6-1.

"Ia benar-benar berlaku. Saya terpaksa bekerja keras setiap langkah.

"Secara peribadinya, saya amat kecewa dengan cara permainan kali ini.

"JO-Willy bermain sangat baik, malah dia lebih baik dari saya dalam semua sudut. Dia kembali bangkit mempamerkan pukulan yang bersemangat.

"Saya pula terus mencari rentak permainan. Saya kecewa kerana gagal bermain dengan baik hari ini," jelas Federer.

Sementara itu, Tsonga pula berkata, dia telah melakukan yang terbaik untuk menewaskan pemain yang selalu menjuarai setiap perlawanan.

"Hari ini adalah giliran saya. Namun malangnya saya tidak boleh terlalu gembira dengan kemenangan ini kerana perjalanan masih jauh.

"Apabila kamu menewaskan Federer pada saingan suku akhir, sudah tentu kamu akan fikir untuk melakukan yang lebih baik lagi selepas ini," jelas Tsonga.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan