Perubahan Kepimpinan BAM Bukan Jaminan Masalah Selesai - Nadzmi

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perubahan kepimpinan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bukan jaminan kegemilangan arena badminton tanah air dapat dikembalikan, kata Presiden BAM, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

Sebaliknya ia bergantung kepada diri pemain untuk meletakkan nama Malaysia gah di persada badminton dunia, katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Sebagai badan induk badminton negara, beliau berkata, BAM hanya memberi perkhidmatan sokongan dengan menyediakan kemudahan latihan dan jurulatih berwibawa kepada pemain untuk meraih kejayaan.

"Jika kepimpinan BAM bertukar, badminton negara akan menghadapi tiga kemungkinan sama ada terus maju, berada di takuk sama atau mungkin lebih teruk dari sekarang.

"Terpulang kepada pemain itu sendiri untuk kembalikan kegemilangan pasukan Malaysia," kata Nadzmi yang dilaporkan tidak berhasrat mempertahan jawatannya pada pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu, Julai depan.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mahu melihat kepimpinan BAM berubah pada pemilihan Julai depan.

Nadzmi berkata, sudah tiba masanya bagi BAM mencari pendekatan dan strategi baru untuk meningkatkan prestasi pemain.

"Kita perlu belajar corak permainan kuasa besar (dalam badminton dunia) seperti China dan Korea. Kita juga perlu kenal pasti bagaimana sesebuah pasukan yang sebelum ini lemah, kini lebih baik daripada kita," katanya.

Beliau berkata, BAM sentiasa terbuka terhadap kritikan, namun menegaskan hujah beremosi akan menjerumus kepada keputusan yang tidak proaktif.

"Misalnya, orang ramai mendesak BAM menghasilkan pelapis yang setanding Datuk Lee Chong Wei, namun perkara itu bukanlah mudah kerana latihan yang diberikan kepada Chong Wei memakan masa bertahun-tahun.

"Malah, semua itu bergantung kepada pemain sebagaimana Chong Wei sendiri yang mempamerkan disiplin, komitmen dan semangat yang tinggi sejak mula memasuki BAM," katanya.

Mengenai isu pemain terbabit dengan kegiatan tidak bermoral antaranya mengunjungi kelab judi dan kasino semasa sesuatu kejohanan berlangsung, Nadzmi percaya jurulatih dan pihak berkaitan sudah menegur sikap pemain berkenaan.

"Persatuan tiada kuasa mengawal sepenuhnya aktiviti yang dilakukan pemain kerana mereka bukan budak kecil," katanya, sambil berharap kepimpinan baru BAM akan dapat membawa perubahan lebih baik bagi masa depan badminton tanah air. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan