Nicol Gagal Pertahan Juara Terbuka British

Diterbitkan: Isnin, 27 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David gagal mempertahankan kejuaraannya di Squash Terbuka British setelah tewas di tangan pemain England, Laura Massaro.

Pada perlawanan peringkat akhir malam Ahad di Pontefract, West Yorkshire, England, pemain negara itu dikejutkan oleh Massaro dengan mata 4-11 dalam set pertama, tetapi berjaya menyamakan kedudukan 1-1 bila Nicol mengatasi dengan mata 11-3 pada set kedua.

Bagaimanapun, Nicol kelihatan hilang momentum dalam dua set berikutnya yang menyaksikan Massaro mengikat perlawanan dengan mata 12-10 dan 11-7 dalam masa 53 minit.

Nicol memenangi Terbuka British sebanyak empat kali pada 2005, 2006, 2008 dan 2012.

"Sebenarnya, saya lebih banyak memerhatikan gerak geri beliau (Massaro), dan tidak menumpukan kepada hantaran saya...Memang, beliau bermain lebih baik," katanya.

Kepada satu soalan, "Oh ya, saya akan kembali lagi," Nicol disebut sebagai berkata pada laman web rasmi kejohanan itu www.britishopensquash.net/blog/ .

Ini kekalahannya kali kedua kepada Massaro setakat ini tahun ini.

Kekalahan pertama di separuh akhir Squasy Terbuka CIMB Kuala Lumpur 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan