Nicol Mara Ke Final Terbuka Britain

Diterbitkan: Ahad, 26 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meneruskan prestasi cemerlang untuk memburu kejuaraan kali kelima pada Kejohanan Skuasy Terbuka Britain.

Pada Perlawanan separuh akhir pada Sabtu, Nicol hanya memerlukan 27 minit bagi mengalahkan Alison Waters dari England dalam permainan straight set 11-5, 11-4 dan 11-5 di East Riding Squash Club, di Hull City, East Yorkhire, England pada Sabtu.

"Ia mungkin berasa seperti saya tergesa-gesa, tetapi rentak yang Alison berikan buat permulaan. Saya mengambil beberapa rali untuk biasa dengan gelanggang, namun setelah beberapa mata, saya rasa okay,. "Bagaimana saya menghadapi tekanan? Saya lakukan apa yang perlu saya lakukan, saya menikmati apa yang saya lalukan dan saya cuba dan berikan sedaya upaya sepanjang masa," menurut laman web rasmi kejohanan www.britishopensquash.net/blog/ yang memetik Nicol sebagai berkata.

Nicol, 29, akan berdepan pemain nombor dua dunia Laura Massaro yang mengenepikan pemain nombor tiga dunia, Raneem El Weleily 8-11, 11-6, 11-8, 11-9 dalam 48 minit.

"Saya masih memberi fokus pada perlawanan ... ya saya gembira bahawa saya akan berada di perlawanan akhir sekali lagi," kata Nicol.

Nicol menjuarai kejohanan Terbuka Britain empat kali iaitu pada 2005, 2006, 2008 dan 2012. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan