China, Korea Selatan Buat Perhitungan Rebut Trofi Piala Sudirman

Diterbitkan: Ahad, 26 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: China dan Korea Selatan bakal membuat perhitungan pada saingan akhir Piala Sudirman 2013 di Stadium Putra, esok selepas mudah melepasi halangan separuh akhir, pada Sabtu.

China dan Korea yang muncul juara kumpulan A dan B bagaimanapun menerima tentangan daripada Denmark dan Thailand sebelum mencatatkan kemenangan 3-1 ke atas lawan masing-masing.

Pada perlawanan hari ini, beregu campuran nombor tiga dunia, Zhang Nan dan Zhao Yunlei menundukkan Joachim Fischer Nielsen dan Christinna Pedersen dengan keputusan 21-15 dan 21-12 untuk memberikan mata pertama kepada negara Tembok Besar itu.

Perseorangan lelaki kedua dunia, Chen Long menghasilkan mata kedua untuk China selepas beliau mudah menewaskan Jan O Jorgensen dalam permainan straight-set; 21-16, 21-16.

Denmark yang muncul naib juara berpasukan Eropah tahun ini bangkit merapatkan jurang kepada 2-1 setelah beregu lelaki nombor satu dunia, Carsten Mogensen dan Mathias Boe mengalahkan pemenang pingat emas Sukan Olimpik London 2012, Cai Yun dan Fu Haifeng; 21-16 dan 21-17.

Perseorangan wanita nombor satu dunia, Li Xuerui memastikan slot final menjadi milik China selepas beliau mudah menundukkan pemain tidak ternama dari Denmark, Line Kjaersfeldt; 21-13, 21-9.

Kemenangan tersebut membolehkan negara Tembok Besar itu membuat penampilan kali ke-10 sejak edisi pertama Piala Sudirman dilangsungkan pada 1989 di Indonesia.

Mereka bagaimanapun hanya muncul juara sebanyak lapan kali iaitu pada 1995, 1997, 1999, 2001, 2005, 2007, 2009 dan 2011 selain muncul naib juara pada 2003.

Terdahulu, Korea Selatan berjaya melangkah ke pentas final buat kali ketujuh selepas mudah menewaskan Thailand, juga dengan keputusan 3-1.

Pasukan Asia Timur itu sebelum ini layak ke final pada 1989, 1991, 1993, 1997, 2003 dan 2009 namun hanya bergelar juara sebanyak tiga kali iaitu pada 1991, 1993 dan 2003 dan bakinya menjadi naib juara.

Pada perlawanan hari ini, beregu campuran, Ko Sung Hyun dan Kim Ha Na memberikan mata pertama untuk Korea Selatan selepas mereka mengalahkan Sudket Prapakamol dan Saralee Thoungthongkam, 21-18 dan 21-19.

Boonsak Ponsana yang membuat penampilan kali kedua untuk Thailand selepas perlawanan peringkat kumpulan B menentang Hong Kong pada hari pembukaan Ahad lepas, bangkit menyamakan kedudukan selepas menundukkan Lee Dong Keun dengan kemenangan 21-9 dan 21-12 dalam acara perseorangan lelaki.

Beregu lelaki nombor dua dunia, Ko Sung Hyun dan Lee Yong Dae menghadiahkan mata kedua untuk pasukan Asia Timur itu selepas mereka menewaskan Maneepong Jongjit dan Nipitphon Puangpuapech; 21-12, 21-11.

Perseorangan wanita nombor enam dunia, Sung Ji Hyun memastikan slot akhir menjadi milik Korea Selatan selepas mengejutkan pemain kelima dunia, Ratchanok Inthanon dengan keputusan 21-17 dan 21-14.

Untuk rekod, China dan Korea Selatan pernah bertemu sebanyak tiga kali di final Piala Sudirman menyaksikan negara Tembok Besar itu menang dua kali pada 1997 (5-0) dan 2009 (3-0) namun tewas 3-1 kepada Korea Selatan pada edisi 2003.

Perlawanan akhir Piala Sudirman 2013 akan berlangsung 2 petang, esok di venue sama. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan