China Hampir Dimalukan Indonesia Sebelum Tempah Slot Separuh Akhir

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gergasi badminton dunia, China, hampir dimalukan oleh Indonesia sebelum mencatatkan kemenangan 3-2 pada aksi suku akhir Kejohanan Badminton Piala Sudirman di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini, Khamis.

Kemenangan tersebut mencerahkan peluang Negara Tembok Besar itu untuk meraih kejuaraan Piala Sudirman buat kali kesembilan selepas muncul juara pada 1995, 1997, 1999, 2001, 2005, 2007, 2009 dan 2011.

China bakal membuat perhitungan dengan Denmark pada aksi separuh akhir, Sabtu ini selepas naib juara Eropah 2013 itu mudah menjinakkan Taiwan dengan kemenangan 3-0.

Pada perlawanan hari ini, Ahmad Tontowi dan Liliyana Natsir terpaksa beraksi dalam rubber-set sebelum berjaya menewaskan beregu campuran nombor satu dunia, Xu Chen dan Ma Jin dengan keputusan 21-18, 14-21 dan 21-16, sekali gus memberikan mata pertama untuk Indonesia.

Perseorangan lelaki nombor dua dunia, Chen Long bagaimanapun menyamakan kedudukan untuk China selepas menewaskan Tommy Sugiarto 21-11 dan 21-15.

Indonesia kembali berada di hadapan menerusi kemenangan beregu lelaki, Saputro Rian Agung dan Angga Pratama, 19-21, 21-18 dan 21-15 ke atas Cai Yun dan Fu Haifeng.

Li Xuerui, yang juga pemain perseorangan wanita nombor satu dunia, kembali mengikat kedudukan 2-2 selepas beliau menewaskan pemain Indonesia, Fanetri Lindaweni dengan kemenangan 21-16 dan 21-13.

Beregu wanita, Yu Yang dan Wang Xiaoli memastikan kemaraan China ke separuh akhir dengan kemenangan 21-12 dan 21-19 ke atas Liliyana Natsir dan Nitya Maheswari Krishinda.

Juara tiga kali, Korea Selatan pula mudah melangkah ke separuh akhir selepas menundukkan Jerman 3-0 pada satu lagi aksi separuh akhir.

Mata pertama Korea Selatan disumbangkan oleh Ko Sung Hyun dan Kim Ha Na yang mengalahkan Michael Fuchs dan Michels Birgit; 22-24, 21-11 dan 21-13 dalam acara beregu campuran.

Perseorangan lelaki, Lee Dong Keun meraih mata kedua dengan menundukkan Domke Dieter 21-19, 20-22 dan 21-19.

Beregu lelaki nombor dua dunia, Ko Sung Hyun dan Lee Yong Dae memastikan kemenangan selesa Korea Selatan menerusi kemenangan 21-13 dan 21-10 ke atas Kindervater Ingo dan Schoettler Johannes.

Mereka dijadualkan bertemu dengan Thailand pada satu lagi saingan separuh akhir selepas skuad Gajah Putih itu mencipta kejutan dengan menumpaskan Jepun, 3-1 pada aksi suku akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan