Chin Chai Tidak Mahu Dilantik Semula Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan & Latihan

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Ng Chin Chai, tidak mahu menawarkan diri untuk jawatan tersebut pada penggal baharu berikutan prestasi buruk skuad negara pada Kejohanan Piala Sudirman.

Dalam kenyataan di laman web BAM hari ini, Ng memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kekalahan kepada pasukan bukan pilihan, Taiwan dan Jerman pada saingan peringkat Kumpulan C.

"Saya tidak ingin memberi sebarang alasan atas kegagalan ini dan ingin mengakui bahawa pasukan kita tidak cukup baik pada Piala Sudirman.

"Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, saya sebahagiannya bertanggungjawab atas kegagalan pasukan kita," katanya.

Malaysia gagal menempah tiket ke suku akhir Piala Sudirman yang sedang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil di sini selepas kalah masing-masing 3-2 kepada Taiwan dan Jerman di peringkat kumpulan.

Ng, yang juga Setiausaha Kehormat BAM, berkata Presiden BAM Datuk Seri Mohd Nadzmi Salleh melantik beliau sebagai pengerusi jawatankuasa itu pada pemilihan lepas.

BAM akan mengadakan pemilihan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk itu sebelum Julai ini dan Mohd Nadzmi sebelum ini menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatannya itu.

"Oleh itu terdapat perubahan kepimpinan dalam BAM serta pasukan pengurusannya," katanya.

Sementara itu, ketika bercakap pada sidang media di sini Khamis, Ng bagaimanapun berkata beliau berharap untuk mempertahankan jawatan Setiausaha Agung badan itu yang dipegangnya sejak tiga tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan