BAM Perlu Tegas Terhadap Pemain Terlibat Kegiatan Tidak Sihat

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) digesa bertindak tegas terhadap pemain negara yang terlibat dengan kegiatan tidak sihat sehingga mengganggu konsentrasi mereka pada hari perlawanan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pemimpin tertinggi BAM serta jurulatih perlu memantau dan menegur jika ada dalam kalangan pemain melakukan kegiatan tidak bermoral terutama semasa sesuatu kejohanan berlangsung.

"Kalau mereka (pemain) keluar lewat malam, gambling yang akan mengganggu konsentrasi permainan mereka, anda (BAM) perlu menggugurkan mereka. Ramai pemain berbakat sedang menunggu peluang. Jika kita terpaksa membuat keputusan sukar, misalnya menggugurkan pemain berada di ranking tinggi kerana perangai mereka tidak bagus, maka kita perlu membuatnya.

"Pegawai dan jurulatih yang pernah menjadi pemain terkemuka suatu ketika dahulu perlu membimbing mereka. Jika BAM sudah terbuka dengan perkara seperti ini (mendedahkan kegiatan tidak sihat), saya rasa mereka tahu memang ada krisis.

"Kita tidak mahu masuk campur tetapi kita mahu lagi sikap seperti ini kerana kita banyak memberi sokongan dan pembiayaan kepada badminton," katanya ketika ditemui pemberita semasa pusingan akhir Kejohanan Golf Terbuka Amatur Wanita Malaysia (MLAO) di Bukit Kiara di sini Khamis.

Laporan sebuah akhbar pada Rabu memetik Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai sebagai berkata BAM mengakui bahawa masalah disiplin membelenggu skuad negara dan telah mengambil langkah-langkah bagi mengatasinya.

Ng berkata badan induk badminton negara itu telah membuat keputusan pada mesyuarat Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM baru-baru ini, untuk mencegah pemain daripada mengunjungi kasino dan kelab perjudian terutama semasa latihan atau sesuatu kejohanan itu berlangsung.

Khairy berkata beliau telah menerima laporan daripada Ng, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, berhubung kekalahan skuad negara kepada dua pasukan bukan pilihan - Taiwan dan Jerman pada Piala Sudirman, menyebabkan Malaysia gagal mara ke suku akhir.

"Saya menerima kenyataan tersebut dengan positif sebab ada elemen bertanggungjawab dengan kekalahan itu. Walaupun bukan sepenuhnya salah beliau, BAM secara keseluruhannya telah menyatakan bahawa tiada alasan atas kekalahan tersebut," katanya.

Khairy turut menyokong keputusan BAM yang dijangka membuat rombakan dalam kepimpinan persatuan itu dalam tempoh terdekat.

"Mungkin akan ada perubahan pada kepimpinan BAM, kita berterima kasih kepada kepimpinan yang lepas dan mungkin tiba masanya untuk melihat perubahan. Jika betul ada rombakan, maka ia berita baik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan