Baiki Segala Kelemahan Bagi Hadapi Baki Kejohanan Tahun Ini - Chong Wei

Diterbitkan: Khamis, 23 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei meminta pemain yang mempamerkan aksi hambar pada Piala Sudirman supaya segera memperbaiki segala kelemahan yang ada bagi menghadapi baki kejohanan penting tahun ini.

Katanya pemain perlu mengukuhkan ketahanan mental yang dikatakan menjadi salah satu faktor kekalahan mereka pada edisi ke-13 yang menyebabkan Malaysia gagal meneruskan cabaran walaupun mendapat sokongan daripada peminat tempatan.

"Sebagai kapten skuad negara pada Piala Sudirman kali ini, kita memang sudah buat yang terbaik untuk mara ke pusingan seterusnya namun keputusan kali ini tidak menyebelahi kita.

"Saya lihat kita tewas kerana berdepan tekanan yang hebat selain keupayaan mental yang rendah," katanya ketika ditemui pemberita ketika menyaksikan perlawanan suku akhir kejohanan itu di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, Khamis.

Mengambil contoh kekalahan 17-21, 21-18 dan 17-21 beregu campuran kelima dunia, Chan Peng Soon dan Goh Liu kepada pasangan Jerman pada Selasa lepas, Chong Wei berkata kekalahan pasangan itu disebabkan tekanan kerana turun beraksi selaku pemain pertama negara.

"Saya sendiri pernah beberapa kali diletakkan selaku pemain pertama yang beraksi untuk negara pada mana-mana kejohanan sama ada berpasukan ataupun individu namun saya menguatkan semangat kerana paling penting bagi saya ialah meraih kemenangan," kata pemain nombor satu dunia itu.

Chong Wei berkata pemain daripada skuad pelapis yang gagal menyumbangkan mata penting kepada skuad negara pada Piala Sudirman kali ini perlu membuat analisis terhadap corak persembahan mereka seandainya ingin bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Malaysia kalah masing-masing dengan keputusan 2-3 kepada Taiwan dan Jerman pada edisi kali ini, sekali gus meleburkan hasrat mereka untuk beraksi di suku akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan