Piala Sudirman: Tewas Kepada Dua Pasukan Bukan Pilihan, Khairy Bidas BAM

Diterbitkan: Rabu, 22 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin membidas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berikutan prestasi buruk skuad negara apabila gagal mara ke suku akhir Piala Sudirman setelah tumpas kepada dua pasukan bukan pilihan dalam aksi peringkat kumpulan.

Sambil menyifatkan prestasi itu adalah terburuk dalam sejarah badminton negara, beliau berkata BAM perlu bertanggungjawab di atas kekalahan itu dan menggesa badan induk badminton negara itu membuat 'post mortem' secara menyeluruh termasuk dari aspek pembangunan sukan berkenaan.

"Sebagai menteri, saya kecewa dengan kekalahan pasukan negara. Tidak pernah dalam sejarah kita kecundang kepada pasukan yang jauh lebih lemah (atas kertas)...realitinya kita lagi lemah daripada mereka.

"Saya harap BAM memandang serius perkara ini kerana ramai pihak termasuk saya sangsi dengan kebolehan BAM mengendalikan sukan badminton negara pada masa ini," katanya ketika ditemui pemberita di Menara KBS di sini, Rabu.

Pada perlawanan Kumpulan C di Bukit Jalil semalam, Malaysia sekali lagi dikejutkan apabila tewas 2-3 kepada pasukan bukan pilihan, Jerman, sekali gus meleburkan harapan negara mara ke suku akhir Piala Sudirman.

Sebelum ini, pasukan negara diaibkan 2-3 oleh Taiwan.

Khairy berkata pihaknya akan menunggu laporan daripada BAM dan beberapa tindakan dan keputusan berdasarkan bidang kuasa kementerian dijangka diambil terhadap badan induk badminton negara itu.

"Kementerian tidak boleh masuk campur dalam perjalanan persatuan sukan tetapi kita tidak boleh biarkan begitu sahaja.

"Sebagai menteri, saya bertanggungjawab ke atas segala pembangunan sukan dan telah banyak sokongan yang kementerian beri kepada persatuan. Mereka perlu accountable kerana soal akauntabiliti itu akhirnya dapat dijawab melalui prestasi," katanya.

Ditanya mengenai cadangan supaya BAM dirombak, Khairy menggesa BAM melakukan perubahan menyeluruh termasuk dari segi struktur dan pembangunan badminton jika mahu menjadikan Malaysia antara gergasi dalam sukan berkenaan.

"Saya tidak dapat berbuat apa-apa (rombakan) sebab bukan kuasa menteri, tetapi saya berpendapat perubahan perlu dilakukan dalam apa jua bentuk...bukan perlu lepas jawatan.

"Saya rasa kekalahan malam Selasa membawa kepada maksud 'sudah terang lagi bersuluh'," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan