Djokovic Tersingkir, Nadal, Berdych Mara

Diterbitkan: Sabtu, 18 Mei 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ROME: Pemain tenis nombor satu dunia, Novak Djokovic tersingkir pada suku akhir Terbuka Itali, awal pagi Sabtu kepada pemain pilihan keenam, Tomas Berdych, 2-6, 7-5, 6-4.

Kekalahan itu menyaksikan kedudukan Novak bagi mempertahankan juara Terbuka Perancis agak goyah apabila Roland Garros memulakan saingan 10 hari lagi.

Berdych akan bertemu juara enam kali kejohanan itu, Rafael Nadal pada separuh akhir. Nadak menewaskan rakan senegaranya dari Sepanyol, David Ferrer 6-4, 4-6, 6-2.

Nadal pula terpaksa berhempas-pulas pada awal permainan sama seperti menentang pemain Latvia, Ernests Gulbis yang ditewaskannya semalam, namun bangkit pada set kedua dan ketiga.

Bagi Djokovic, ia adalah kekalahan kedua di gelanggang tanah liat apabila tewas pada pusingan kedua di Terbuka Madrid, minggu laku kepada Grigor Dimitrov. - AP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan