Terbuka Malaysia Pemanas Badan Buat Hafiz

Diterbitkan: Selasa, 30 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas juara Seluruh England, Muhammad Hafiz Hashim tidak menampakkan sinar juara pada Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2013 selepas tewas dalam pusingan pertama perseorangan lelaki pada Selasa.

Beliau menjadi harapan peminat bulu tangkis negara bagi merebut kejuaraan selepas pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei menarik diri semalam kerana kecederaan.

Muhammad Hafiz tewas kepada pemain pilihan ketujuh dari Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk, 18-21 dan 22-24.

Beliau akan berpasangan dengan Mohd Razif Abdul Latif untuk bertemu Chooi Kah Ming-Ow Yao Han dalam kategori beregu lelaki pada Rabu.

"Kejohanan ini menjadi pemanas badan buat saya sebelum menyertai kejohanan seterusnya di Thailand pada Jun ini," kepada pemberita selepas tamat perlawanan di Stadium Juara, Kompleks Sukan Bukit Kiara di sini.

Menurutnya, selepas enam bulan tanpa kejohanan kompetitif susulan masalah kecederaan buku lali, kejohanan itu menjadi detik permulaan perjalanan baharu kerjayanya.

"Ini kali pertama saya akan bermain dalam acara beregu lelaki, namun saya agak yakin kerana dalam kategori ini, saya tidak perlu bermain dengan banyak pergerakan jauh. Jadi saya boleh gunakan peluang ini sebagai pemanas badan ke arah mengatasi kecederaan saya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan