Terbuka India: Chong Wei Mara Ke Final Jumpa Tago - Raket | mStar

Terbuka India: Chong Wei Mara Ke Final Jumpa Tago

Diterbitkan: Ahad, 28 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei akan bertemu pemain Jepun Kenichi Tago pada pusingan akhir perseorangan lelaki Kejohanan Yonex Sunrise Terbuka India 2013 esok.

Chong Wei menewaskan pemain Thailand Ponsana Boonsak 21-11, 18-21, 21-8 pada peringkat separuh akhir pada Sabtu.

"Saya memberi tumpuan pada set ketiga dan berharap memenangi kejuaraan sekali lagi tahun ini," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan yang berlangsung selama 53 minit di Siri Fort Sports Complex di sini Sabtu.

Ditanya adakah Tago seorang lawan yang mudah, beliau berkata: "Saya pernah bermain dengan beliau sebelum ini, tetapi (saya tidak boleh menilai daripada itu).

"Tago berada pada tahap permainan yang baik pada kejohanan ini dan saya akan terus memberi tumpuan kepada kekuatan saya." Chong Wei menjuarai kejohanan itu pada 2011 tetapi tewas pada tahun lepas. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan