Tarikh GP Gold Terbuka Malaysia Dipinda Sempena Hari Mengundi

Diterbitkan: Isnin, 22 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kejohanan Badminton Grand Prix Gold Terbuka Malaysia 2013 akan berlangsung dari 30 April hingga 4 Mei.

Ia diubah berbanding tarikh yang ditetapkan sebelum ini iaitu dari 30 April hingga 5 Mei.

Setiausaha Kehormat Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Ng Chin Chai berkata pindaan tarikh itu adalah bagi membolehkan pemain dan penyokong tempatan mengundi pada 5 Mei. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan