Badminton: Dua Wakil Malaysia Gagal Ke Final ABC

Diterbitkan: Ahad, 21 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perseorangan nombor tiga negara Chong Wei Feng dan beregu lelaki Goh V Shem/Lim Khim Wah gagal mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Taipei Arena, Taiwan.

Seperti diramalkan, pada saingan separuh akhir pada Sabtu, Wei Feng, 25, gagal menandingi kehebatan pemain nombor dua dunia Chen Long dari China yang mengakhiri pertarungan dengan keputusan 21-17, 21-15 dalam tempoh 47 minit itu.

Chen Long akan menentang rakan senegaranya Du Pengyu pada saingan akhir pada Ahad.

Du Pennyu pula melangkah ke final setelah meraih kemenangan mudah 21-16, 21-6 ke atas rakan senegara Wang Zhengming dalam masa 31 minit. Beregu negara, V Shem/Khim Wah turut tersungkur di separuh akhir apabila tewas mudah 21-17, 21-16 kepada Ko Sung Hyun/Lee Yong Dae dari Korea Selatan dalam pertarungan selama 36 minit.

Beregu utama Korea itu akan bertemu dengan rakan senegaranya Kim Ki Jung/Kim Sa Rang pada saingan akhir.

Ki Jung/Sa Rang sebelum itu mengetepikan beregu pilihan kedua dari Jepun, Endo Hiroyuki/Hayakawa Kenichi dengan keputusan 19-21, 21-13 dan 21-14 dalam masa 56 minit. Sementara itu, jaguh wanita dunia dari China, Li Xuerui terpaksa berkerja keras ke perlawanan akhir sebelum menang ke atas pemain Jepun, Takahashi Sayaka 21-18, 18-21 dan 21-12 dalam pertarungan selama 52 minit.

Xuerui akan bertemu rakan senegaranya, Wang Yihan pada final setelah pemain nombor dua dunia itu mengetepikan Hirose Eriko dari Jepun dengan keputusan 21-12, 21-6 pada saingan separuh akhir.

Pilihan utama beregu wanita China, Wang Xiaoli/Yu Yang hanya mengambil masa 33 minit untuk menempah slot ke perlawanan akhir dengan menundukkan pasangan Korea Selatan Yoo Hae Won/Ko A Ra 21-15, 21-17.

Beregu China itu akan berdepan dengan beregu senegara Ma Jin/Tang Jinhua yang sebelum itu mengalahkan beregu Indonesia, Imawan Gebby Ristiyani/Nuraidah Tiara Rosalia dengan kemenangan 21-18, 21-8.

Sementara itu, beregu campuran Korea SElatan, Ko Sung Hyun/Kim Ha Na dijangka akan melalui laluan sukar apabila bertemu beregu pilihan utama China, Zhang Nan/Zhao Yunlei yang mudah menumpaskan beregu dari Hong Kong, Lee Chun Hei/Chau Hoi Wah 21-16, 21-11.

Beregu Korea mengesahkan tiket ke perlawanan akhir setelah mengenepikan beregu campuran Indonesia, Kurniawan Fran/Irawati Shendy Puspa dengan keputusan 23-21, 21-15.-BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan