Thailand Tempah Slot Final Piala Axiata Bertemu Malaysia Esok

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pasukan Thailand mengesahkan slot final Piala Axiata 2013 selepas mencatatkan kemenangan selesa, 3-0 ke atas Indonesia pada saingan separuh akhir di Stadium Badminton Kuala Lumpur di sini, Sabtu.

Kemenangan tersebut membolehkan mereka bertemu Malaysia pada peringkat akhir yang bakal bermula 7.30 malam Ahad di venue yang sama.

Skuad badminton negara terlebih dahulu layak ke final selepas menundukkan Pilihan Asia dengan mata yang sama dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, petang Sabtu.

Pada perlawanan berkenaan, perseorangan wanita Thailand, Ratchanok Inthanon memberikan mata pertama untuk skuad Gajah Putih selepas beliau menewaskan Lindaweni Fanetri dengan keputusan 21-18 dan 21-16.

Perseorangan lelaki Tanongsak Saensomboonsuk meraih mata kedua untuk Thailand selepas mengalahkan Tommy Sugiarto; 21-16 dan 21-15 sebelum beregu campuran Sudket Prapakamol dan Saralee Thoungthongkam mengesahkan slot Thailand ke final dengan kemenangan 21-17 dan 21-18 ke atas pasangan Indonesia, Ahmad Tontowi dan Lilyana Natsir.

Juara bakal membawa pulang US$400,000 (RM1.24 juta) manakala naib juara menerima US$200,000 (RM620,000) manakala pasukan di tempat ketiga dan keempat masing-masing bakal menerima habuan US$150,000 (RM465,000) dan US$100,000 (RM310,000). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan