PM Ucap Tahniah Kepada Chong Wei & Mew Choo

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei dan isteri Datin Wong Mew Choo atas kelahiran bayi lelaki mereka pada Jumaat.

"Tahniah kepada Lee Chong Wei dan isteri yang mendapat anak lelaki yang sihat," kata Najib dalam tweeternya malam Jumaat

Mew Choo melahirkan bayi lelaki yang dinamakan Kingston Lee seberat 3.5 kg di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur, di sini pada pukul 1.30 petang ini.

Nama Kingston dipilih oleh Mew Choo. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan