Malaysia Jumpa Pilihan Asia Pada Separuh Akhir Piala Axiata

Diterbitkan: Sabtu, 13 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara akan bertemu pasukan pilihan Asia pada pusingan separuh akhir Kejohanan Piala Axiata 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, pada Sabtu.

Satu lagi perlawanan separuh akhir akan menyaksikan Indonesia bertemu pasukan Thailand.

Ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek berkata walaupun Malaysia telah mengalahkan pasukan pilihan Asia 3-1 pada peringkat kumpulan minggu lepas, namun ia tidak bermakna kemenangan akan terjamin.

"Bagaimanapun, kita akan tetap pastikan semua pemain memberikan persembahan terbaik untuk melangkah ke peringkat akhir nanti," katanya kepada pemberita selepas majlis undian kejohanan itu di sini, Jumaat.

Mengenai peluang pasukan negara pada perlawanan esok, Rashid berkata peluang bagi kategori beregu lelaki dan beregu campuran adalah tinggi, namun agak sukar untuk kategori perseorangan lelaki dan wanita.

Rashid turut merahsiakan barisan pemain kebangsaan yang bakal beraksi pada perlawanan menentang pasukan di tangga keempat itu.

Pemain perseorangan lelaki Liew Darren yang ditemui media berkata perlawanan kali ini agak sengit kerana perseorangan pihak lawan lebih kuat namun bagi beregu lelaki dan beregu campuran, ia nampak berpihak kepada pasukan negara.

"Saya harap dapat menyumbang mata dan saya tahu punca kekalahan pada pusingan lepas adalah kerana kurang fokus pada saat akhir permainan," katanya.

Liew Daren gagal meneruskan rentak kemenangan apabila kalah di tangan pemain nombor 28 dunia dari Korea Selatan, Lee Hyun Il, 27-25, 13-21 dan 18-21 pada perlawanan peringkat kumpulan.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita Sonia Cheah masih menunggu keputusan jurulatih sama ada beliau akan disenaraikan atau tidak untuk perlawanan tersebut. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan