Terbuka Australia: Chong Wei Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Jumaat, 5 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menempah tiket ke separuh akhir Terbuka Australia selepas menewaskan pemain China, Bin Qiao pada aksi suku akhir pada Jumaat.

Beraksi selaku pemain pilihan pertama, Chong Wei tidak menghadapi sebarang tentangan sengit selepas menang mudah pada set pertama, 21-11.

Namun pada set kedua, Qiao bangkit cuba bangkit merapatkan kutipan mata, namun ia tidak menggugatkan kehebatan Chong Wei selaku pemain nombor satu dunia untuk menang 21-8 pada set ini.

Chong Wei menumpaskan Qiao dalam tempoh 33 minit.

Sementara itu, pasangan beregu campuran negara, Tan Aik Quan/ Lai Pei Jing tewas 21-15 21-14 kepada pasangan dari China dalam tempoh 30 minit.

Turut beraksi pada aksi suku akhir Jumaat, Mohd Zakry Abdul Latif/Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari menang ke atas rakan senegara, Gan Teik Chai/Ong Soon Hock (21-15) yang menarik diri pada set kedua.

Satu lagi aksi perseorangan lelaki yang melibatkan pemain negara, Chong Wei Feng kandas kepada pemain China,Tian Houwei 21-18 21-13.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan