Nicol Tidak Hilang Fokus Buru Gelaran Kelima Terbuka British

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ratu skuasy negara Datuk Nicol Ann David berazam memperbaiki semula kelemahan pada sesi latihan di Amsterdam, Belanda sebelum memulakan misi mempertahankan kejuaraan Tebuka British bulan depan.

Walaupun dikecewakan oleh pemain England Laura Massaro pada separuh akhir Terbuka Kuala Lumpur Sabtu lepas, namun ia tidak merencatkan fokus Nicol untuk memburu gelaran kelima Terbuka British di Hull, England, dari 20 hingga 26 Mei ini.

Nicol, 29, menjuarai kejohanan berprestij Terbuka British pada 2005, 2006, 2006 dan 2012.

"Apa yang berlaku di Kuala Lumpur agak mengecewakan. Saya akan kembali meneruskan latihan intensif dan memastikan semula aspek permainan dapat diasaskan dengan betul," kata pemain nombor satu dunia itu.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu berkata demikian kepada pemberita selepas menerima insentif sebanyak RM100,000 daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dalam satu majlis ringkas di sini, Isnin.

"Saya sedang dalam proses mendapatkan kembali rentak permainan dan akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kejuaraan di England nanti," katanya.

Mengulas mengenai tahap pencapaian pemain pelapis negara, Nicol berkata ia masih membanggakan biarpun terdapat sedikit jurang yang memisahkan pemain generasi muda tempatan dengan pemain antarabangsa.

"Pemain Eropah dan Mesir sememangnya lebih genius dan mengagumkan. Ada yang sudah layak berada dalam ranking dunia seawal usia 17 tahun.

"Kita tidak boleh benar-benar menekan pemain tempatan. Apa yang perlu kita lakukan adalah memupuk dan beri galakan supaya mereka dapat terus meningkat ke tahap yang lebih tinggi," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan