Karim, Laura Juarai Terbuka KL CIMB 2013

Diterbitkan: Isnin, 1 April 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Laura (kanan) bersama  Karim (kiri) memegang Piala Pusingan serta poster kempen promosi sukan Skuasy ke Olimpik selepas muncul juara Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Malaysia di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Ahad. Foto RAYMOND OOI / THE STAR
Laura (kanan) bersama Karim (kiri) memegang Piala Pusingan serta poster kempen promosi sukan Skuasy ke Olimpik selepas muncul juara Kejohanan Skuasy CIMB Terbuka Malaysia di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada Ahad. Foto RAYMOND OOI / THE STAR

KUALA LUMPUR: Pemain England Laura Massaro menjuarai buat pertama kali kejohanan skuasy terbuka Kuala Lumpur CIMB 2013 di pusat membeli-belah Berjaya Times Square di sini Ahad.

Pilihan ketiga kejohanan serta pemain nombor tiga dunia ini mengalahkan rakan senegara Alison Waters dalam straight set 11-9, 11-7 dan 11-6 dalam masa 44 minit.

Beliau menggondol hadiah wang tunai AS$10,200 (kira-kira RM31,500) dan trofi sementara Alison membawa pulang AS$6,900 (kira-kira RM18,720).

"Saya sangat gembira dengan prestasi saya minggu ini yang pada mulanya saya cuba untuk layak ke suku akhir yang saya hanya layak setakat separuh akhir di sini sebelum ini.

"Bangga kerana memperoleh form saya yang tidak pasti dari mana datangnya. Saya tidak pernah bermain sebaik ini, jadi saya tidak menjangka untuk bermain seperti ini.

"Saya gembira untuk memenangi perlawanan ini selepas perlawanan sukar menentang Nicol (David) semalam. Adalah penting untuk saya bermain baik di final. Terlalu banyak tekanan ke atas diri saya," katanya kepada pemberita.

Dalam perlawanan kategori lelaki sebelum itu, pilihan pertama kejohanan dan pemain nombor enam dunia, Karim Darwish dari Mesir mengalahkan rakan senegara Mohamed El Shorbagy juga dalam straight set 11-9, 12-10 dan 11-7 dalam masa 54 minit untuk menggondol kejuaraan buat kali kedua.

Perlawanan pada Ahad mengulangi edisi 2011 apabila Karim mengalahkan Mohamed untuk menjadi juara kejohanan buat kali pertama.

"Saya telah menjangka perlawanan yang sukar menentang dia (Mohamed). Dia kini pemain nombor lima dunia, jadi saya perlu bersedia 100 peratus untuk mengalahkannya dalam tiga set," kata Karim.

Beliau berkata isterinya Engy Kheirallah, bekas pemain skuasy Mesir dan anaknya yang berusia 10 bulan, Omar merupakan pemberi semangat kepadanya untuk menang.

"Saya gembira anak saya dapat melihat saya bermain buat pertama kali. Saya anggap anak saya membawa tuah dan saya akan membawanya ke mana saja saya bertanding," ujarnya.

Karim memperoleh AS$8,075 (kira-kira RM25,000) dan trofi sementara Mohamed menerima AS$5,525 (kira-kira RM17,000). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan