Nicol Kalah Mengejut, Gagal Ke Final Terbuka KL

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy negara dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David gagal mara ke peringkat akhir Kejohanan CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013 selepas kalah mengejut kepada pemain England Laura Massaro Sabtu malam.

Pada peringkat separuh akhir yang berlangsung di pusat membeli-belah Berjaya Times Square di sini, pemain berusia 29 tahun itu bermula cemerlang dengan skor 12-10 namun Massaro berjaya menyamakan kedudukan 1-1 apabila menguasai set kedua 11-6.

Selepas itu, Nicol dilihat kehilangan momentum dalam dua set berikutnya yang menyaksikan Massaro menamatkan permainan dengan 11-8 dan 11-5.

"Saya sudah melakukan yang terbaik namun saya kecewa dengan keputusannya... Saya sentiasa ingin melakukan yang terbaik di depan penonton di gelanggang sendiri namun nasib tidak menyebelahi saya hari ini. Dia (Laura) tidak melakukan sebarang kesilapan hari ini," katanya kepada pemberita selepas perlawanan tamat.

Pertemuan terakhir mereka adalah final Kejohanan Terbuka Dunia Cayman Island pada 21 Dis tahun lepas yang menyaksikan Nicol merangkul kejuaraan dunia ketujuhnya.

Massaro, yang gembira kerana dapat mengalahkan Nicol di tempat pemain nombor satu dunia itu sendiri, mengaku beliau bermain dengan baik hari ini.

"Saya yakin pada diri sendiri. Selalunya memang amat sukar untuk mengalahkan Nicol terutama di Malaysia. Saya sentiasa ingin mempamer aksi lebih baik daripada yang sebelumnya," kata Massaro yang bakal bertemu rakan senegara Alison Waters pada final esok.

Waters menyingkirkan pemain New Zealand Joelle King dengan 12-10, 11-5 dan 12-10 dalam masa 38 minit.

Bagi kategori lelaki, peringkat akhir esok bakal menyaksikan pertemuan dua pemain Mesir iaitu pemain pilihan pertama Karim Darwish dan Mohamed El Shorbagy, ulangan edisi 2011 yang menyaksikan Karim Darwish muncul juara.

Kejohanan CIMB Terbuka Kuala Lumpur 2013 menyaksikan 17 bekas peserta Sukan Olimpik Malaysia memberi sokongan kepada penggiat skuasy dalam usaha menjadikannya sebagai satu acara pada ke temasya Sukan Olimpik 2020.

Antara mereka ialah Tan Sri Dr M.Jegathesan (sukan olahraga), Datuk Poon Fook Loke (hoki) dan Wong Choon Han (badminton). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan