Malaysia Kalahkan Pasukan Pilihan Asia 3-1, Mara Ke Separuh Akhir

Diterbitkan: Ahad, 31 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara berjaya meneruskan rentak kemenangan selepas mengalahkan pasukan pilihan Asia 3-1 pada perlawanan peringkat kumpulan kedua Kejohanan Badminton Piala Axiata 2013 di Stadium Badminton Kuala Lumpur, Cheras.

Malaysia mengesahkan tiket ke saingan separuh akhir pada Sabtu selepas mengutip empat mata penuh ketika menentang Vietnam dan berada di tangga kedua dalam kelompok empat pasukan teratas.

Kejayaan pada Ahad mengekalkan kedudukan Malaysia dengan kutipan 21 mata di belakang Indonesia, yang mengumpul 22 mata.

Jurulatih beregu negara, Paulus Firman berkata, beliau puas hati dengan pencapaian keseluruhan skuad badminton kebangsaan, terutama pemain perseorangan wanita Sonia Cheah, yang semakin menyerlah.

"Jika dulu kita ketandusan pemain perseorangan wanita, saya fikir Sonia adalah pemain yang berpotensi untuk diketengahkan," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, prestasi yang dipamer barisan pemain negara sepanjang saingan awal kejohanan itu membuktikan mereka lebih matang dan sedia berdepan Kejohanan Piala Sudirman yang dijadual berlangsung di Stadium Putra, Kompleks Sukan Bukit Jalil dari 19 hingga 26 Mei.

Pada perlawanan pada Ahad, Sonia menyumbang mata pertama untuk Malaysia apabila berjaya menyingkirkan Tai Tzu Ying dengan 21-18, 19-21 dan 22-20 manakala pemain perseorangan lelaki negara Liew Daren gagal meneruskan rentak kemenangan apabila kalah di tangan pemain nombor 28 dunia Lee Hyun Il 27-25, 13-21 dan 18-21.

Bagaimanapun, kekalahan itu berjaya ditebus beregu campuran Chan Peng Soon/Goh Liu Ying yang mengalahkan Tarun Kona/Ashwini Ponnappa 17- 21, 21-18, 21-15.

Beregu lelaki negara Tan Wee Keong/Hoon Thien How memungut mata ketiga Malaysia apabila dengan mudah menundukkan Bao Chunlai/Zheng Bo dengan 21-19 dan 21-9.

Undian empat pasukan yang bakal berentap pada perlawanan separuh akhir akan diputuskan 12 April ini.

Selain Malaysia, tiga negara yang layak ke peringkat separuh akhir ialah Indonesia, Thailand dan pasukan pilihan Asia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan