Malaysia Masih Mampu Lahir Bakat Seperti Chong Wei - Li Mao

Diterbitkan: Rabu, 20 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih kebangsaan Li Mao dari China percaya Malaysia masih mampu melahirkan pemain badminton berbakat bagi menggalas cabaran negara di persada antarabangsa.

Li Mao, yang kini menjadi jurulatih Kelab Badminton Kawasaki (KBC), berkata Malaysia mempunyai ramai bakat yang boleh digilap dan diketengahkan di peringkat antarabangsa.

"Saya pasti kita mampu melahirkan seorang lagi atlet seperti Lee Chong Wei pada masa akan datang," kata jurulatih dari China itu melalui juru bahasa pada perasmian kelab berkenaan, di sini, Rabu.

Kelab KBC itu dirasmikan Pengarah Kawasaki International Rackets Company dari China, Wang Song Hua.

Li Mao berharap kewujudan satu lagi kelab badminton baharu seperti KBC dapat mencapai sasaran untuk membawa lebih ramai pemain Malaysia ke persada dunia.

"Kami baru bermula dan menyasarkan lebih ramai pemain hebat dapat dilahirkan dalam dua tahun ini," kata Li Mao yang akan dibantu bekas pemain negara, Yeoh Kay Bin sebagai penolong jurulatih.

Objektif utama penubuhan KBC adalah untuk melatih pemain ke arah menjadi pemain profesional tanpa mengira warganegara, warna kulit dan bakat yang ada.

Kelab badminton itu turut disertai beberapa bekas pemain negara seperti K.Yogendran, Chan Kwong Beng dan Kwan Beng Hong.

Ia kini mempunyai 40 pemain berusia antara 16 dan 31 tahun dari beberapa negara termasuk Malaysia. Daripada jumlah itu, 18 orang ditaja sepenuhnya oleh KBC.

KBC akan menghantar pemain mereka di kejohanan pertama, Vietnam International Challenge di Hanoi minggu depan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan