Ferdinand Dipanggil Semula Sertai Skuad England

Diterbitkan: Jumaat, 15 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENGURUS ENGLAND, Roy Hodgson akhirnya tunduk kepada tekanan media dan para peminat dengan memanggil semula pemain pertahanan Manchester United, Rio Ferdinandke dalam skuad kebangsaan yang akan berhadapan dengan San Marino dan Montenegro dalam perlawanan pra kelayakan Piala Dunia.

Skuad yang mengandungi 26 pemain itu akan turut disertai oleh penjaga gol West Bromwich Albion yang juga bekas penjaga gol Manchester United, Ben Foster.

Dua pemain sayap Tottenham Hotspurs, Scott Parker dan Michael Dawson turut disenaraikan.

Ferdinand, 34, yang kali terakhir bermain untuk England pada Jun 2011 menentang Switzerland telah mewakili negaranya sebanyak 81 kali.

Hodgson memberi alasan yang Ferdinand buat masa ini adalah pemain tengah terbaik dalam liga perdana dan wajar dipanggil semula menyertai skuad kebangsaan.

Hodgson juga menegaskan pemilihan Ferdinand bukan kerana tekanan para peminat dan juga media tetapi lebih kepada merit dan keperluan semasa.

Menurut Hodgson, pemilihan Ferdinand tidak akan menjejaskan keharmonian di dalam pasukan kebangsaan walaupun Ashley Cole turut dipilih.

Ferdinand dan Cole bermasam muka ekoran insiden hamburan kata-kata berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh kapten Chelsea John Terry ke atas adik Ferdinand, Anton musim lalu.

Cole kemudiannya menyebelahi Terry ketika kes tersebut dibawa ke mahkamah.

Sementara itu Foster, yang terpilih sebagai pemain terbaik Albion musim lalu bermain untuk kali terakhir bersama skuad England ketika menentang Perancis pada November 2010. Dia telah mewakili England sebanyak lima kali.

Begitu juga dengan Dawson yang bermain untuk kali keempat dan terakhir bersama skuad England pada tahun 2011 ketika menentang Wales kini berpeluang untuk membuktikan kembali kemampuannya.

England akan bermain menentang San Marino pada Jumaat 22 Mac dan selepas itu menentang Montenegro pada 26 Mac.

BERIKUT ADALAH SKUAD PENUH ENGLAND UNTUK KELAYAKAN PIALA DUNIA:

PENJAGA GOL: Ben Foster (West Brom), Joe Hart (Manchester City), Fraser Forster (Celtic).

PERTAHANAN: Leighton Baines (Everton), Gary Cahill (Chelsea), Ashley Cole (Chelsea), Michael Dawson (Tottenham), Rio Ferdinand (Manchester United), Glen Johnson (Liverpool), Chris Smalling (Manchester United), Kyle Walker (Tottenham).

TENGAH: Michael Carrick (Manchester United), Tom Cleverley (Manchester United), Steven Gerrard (Liverpool), Frank Lampard (Chelsea), Aaron Lennon (Tottenham), James Milner (Manchester City), Leon Osman (Everton), Scott Parker (Tottenham), Alex Oxlade-Chamberlain (Arsenal), Theo Walcott (Arsenal), Ashley Young (Manchester United).

PENYERANG: Jermain Defoe (Tottenham), Wayne Rooney (Manchester United), Daniel Sturridge (Liverpool), Daniel Welbeck (Manchester United).

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan