China Mungkin Tagih Bisa Lin Dan Pada Kejuaraan Dunia

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lin Dan
Lin Dan

SUPERSTAR badminton China, Lin Dan masih boleh mewakili negara tembok besar itu dalam Kejuaraan Dunia di Guangzhou pada Ogos ini walapun dia memilih untuk tidak beraksi dalam kejohanan antarabangsa dan aksi kelayakan bagi kejohanan tersebut pada April.

Ranking dunia Lin Dan jatuh merudum ke tangga 13 selepas dia berehat panjang sejak mempertahankan pingat emas pada Sukan Olimpik di London pada Ogos lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu tidak berada di Birmingham, London untuk mempertahankan kejohanan All England pada tahun ini.

Tahun lalu, dia memenangi kejohanan tersebut buat kali kelima selepas menewaskan Lee Chong Wei pada aksi final.

Pengurus pasukan Malaysia pada kejohanan tersebut, Ng Chin Chai berkata, Lin Dan masih kekal sebagai pencabar utama Chong Wei pada Kejuaraan Dunia.

"China akan menghantar Lin Dan pada aksi dunia, itu sudah pasti kerana peraturan Persekutuan Badminton Dunia membenarkan mereka untuk melakukannya," kata Chin Chai.

China layak menurunkan maksimum tiga pemain pada acara perseorangan lelaki.

Setiap negara boleh menghantar maksimum tiga pemain sekiranya pemain tersebut menduduki ranking 24 pemain terbaik dunia menjelang akhir April.

China kini mempunyai Chen Long (No.2), Du Pengyu (3), Cheng Jin (5), Lin Dan (13) dan Wang Zhengming (19) dalam ranking 24 terbaik dunia.

"Tidak seperti Sukan Olimpik, pusingan kelayakan untuk kejuaraan Dunia ditentukan oleh ranking dan bukannya nama. China sudah pasti mendapat tiga tiket dan mereka boleh memilih mana-mana tiga pemain berdasarkan kedudukan ranking untuk pertemuan itu.

"Sebagai contoh, China boleh menurunkan Chen Long, Pengyu dan Lin Dan pada Kejuaraan Dunia. Mereka masih boleh memilih Lin Dan walaupun dia menduduki ranking lebih rendah berbanding Chen Jin.

"Ini adalah hak mereka. Saya yakin China akan menamakan Lin Dan dalam skuad mereka. Mereka juga akan menurunkannya pada Piala Sudirman yang akan berlangsung pada 19 hingga 26 Mei di Kuala Lumpur. Lin Dan adalah pemain berharga kepada mereka," kata Chin Chai.

Mengulas mengenai ketibaan skuad Malaysia di sini pada Ahad, Chin Chai berkata: Semuanya baik. Mereka telah menyesuaikan diri. Mereka ada satu sesi latihan di gelanggang pada Isnin (semalam). Kini masanya adalah untuk menyesuaikan diri dengan cuaca sejuk di sini.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan