All England: Taufik, Chen Long Ancaman Utama Chong Wei

Diterbitkan: Selasa, 5 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Taufik Hidayat
Taufik Hidayat

PEMAIN Indonesia, Taufik Hidayat dan Chen Long dari China merupakan jaguh lama dan baru dalam arena badminton dunia tetapi mereka mempunyai persamaan iaitu belum pernah memenangi kejohanan All-England.

Mereka merupakan ancaman kepada pemain No.1 dunia dan juara dua kali All-England, Datuk Lee Chong Wei dalam acara perseorangan lelaki apabila kejohanan tertua itu membuka tirainya di Arena Tertutup Birmingham pada Rabu.

Walaupun prestasi Taufik menurun sejak kebelakangan ini, jurulatih perseorangan lelaki negara, Tey Seu Bock belum bersedia untuk memandang rendah bakat pemain Indonesia itu.

All-England merupakan satu-satunya kejohanan yang masih belum dimenangi Taufik.

Dia pernah mencatat lipatan sejarah dalam beberapa temasya penting seperti Sukan Olimpik, Kejuaran Dunia dan Sukan Asia.

Taufik yang akan berusia 32 tahun pada Ogos ini, menjadi antara pemain digeruni apabila mara ke final All-England pada 1999 ketika berusia 18 tahun.

Dia melangkah semula pada aksi final pada 2000 tetapi tuah tidak menyebelahinya.

Seu Bock berkata, walaupun pergerakan Taufik di gelanggang tidak sehebat dulu, tiada siapa harus mempertikaikan keazamannya terutama apabila kejohanan ini menjadi aksi All-England terakhirnya.

"Semua tahu bahawa All-England amat bermakna kepadanya. Ini merupakan peluang terakhir untuk Taufik membuktikan kehebatannya di sini. Taktik serangannya masih menakjubkan. Adalah satu kesilapan jika mengenepikannya dari senarai pencabar dalam kejohanan All-England," kata Seu Bock.

Mengulas mengenai juara bertahan Terbuka Jerman Chen Long, Seu Bock berkata pemain muda China itu menjadi ancaman utama kepada Chong Wei.

Dalam pertemuan baru-baru ini di Terbuka Hong Kong, Chen Long menewaskan Chong Wei dengan persembahan menyakinkan.

"Chen Long masih muda. Keyakinannya turut meningkat selepas menjuarai Terbuka Jerman. Pergerakan Chen Long amat laju dan itu merupakan kelebihannya ketika menentang Chong Wei," kata Seu Bock.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan