Pliskova Temu Mattek-Sands Di Final Tenis Terbuka Malaysia BMW 2013

Diterbitkan: Ahad, 3 Mac 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemain Republik Czech Karolina Pliskova akan berhadapan pemain tiket wildcard Bethanie Mattek-Sands dari Amerika Syarikat pada final Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia BMW 2013 esok.

Pliskova merupakan pemain nomber 127 dunia memperoleh kemenangan mudah daripada pemain pilihan keempat Ayumi Morita dari Jepun 6-0, 6-2 di Kelab Golf Diraja Selangor, di sini, Sabtu.

"Perlawanan pada hari ini sangat mudah dan saya menjangka ia akan menjadi satu permainan yang sukar terutamanya apabila saya pernah bermain dan tewas kepadanya dulu.

"Ini bukan antara perlawanan terbaik saya kerana saya pernah bermain dengan lebih baik pada kejohanan-kejohanan lepas namun tidak pernah mara ke final," katanya selepas saingan separuh akhir.

Pliskova berkata ternyata usahanya untuk berlawan dalam dua set sahaja bagi setiap pertarungan berjaya melayakkannya ke final dan beliau akan terus mencuba untuk berbuat demikian pada perlawanan esok.

Ditanya mengenai lawannya esok, Pliskova berkata beliau pernah kalah kepada Mattek-Sands pada Kejohanan Generali Ladies Linz tahun lepas.

"Mattek-Sands merupakan pemain yang mampu memberi pukulan yang bagus serta kuat dan saya dapat rasakan bahawa esok akan menjadi satu perlawanan yang sukar," katanya.

Morita yang akan kembali ke Jepun malam ini bagaimanapun sedikit kecewa dengan kekalahannya namun beliau tetap gembira dan akan kembali semula untuk kejohanan ini tahun depan.

Mattek-Sands menempah tiket ke final selepas menyingkirkan pemain pilihan ketiga Anastasia Pavlyuchenko dari Russia 6-4, 6-1. Baginya perlawanan akhir merupakan sesuatu yang baik baginya setelah sekian lama tidak melayakkan diri ke peringkat akhir akibat kecederaan. "Saya yakin Pliskova akan bermain dengan baik esok namun saya akan buat yang terbaik kerana kedua-dua kami mahu menjadi juara pada kejohanan kali ini.

"Apa yang saya akan lakukan untuk saingan akhir esok ialah saya akan bermain dengan lebih agresif seperti hari ini dan terus memberikan pukulan kuat," kata pemain nombor 197 dunia itu.

Dalam acara beregu pula, perlawanan akhir akan menyaksikan pertembungan antara pilihan utama Janette Husarova (Slovakia)/Zhang Shuai (China) dengan pilihan kedua Shuko Aoyama (Jepun)/ Chang Kai-Chen (Taiwan).

Husarova-Zhang melangkah ke final setelah menundukkan gandingan Luksika Kumkhum dari Thailand dan Erika Sema dari Jepun 4-6, 6-3, 10-5.

Terdahulu, pasangan Aoyama-Chang mara mudah ke final selepas menumpaskan pasangan kembar Pliskova 6-2, 6-1 pada saingan separuh akhir semalam. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan