Tenis BMW: Aslina Jadikan Kekalahan Sebagai Pengajaran

Diterbitkan: Khamis, 28 Februari 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Aslina Chua menyifatkan kekalahannya kepada pemain China Zhang Shuai pada pusingan pertama perseorangan wanita kejohanan tenis Terbuka Malaysia BMW sebagai pembuka mata dan pengajaran baginya untuk terus memperbaiki permainan.

Aslina, yang kalah 0-6, 1-6 dalam perlawanan yang mengambil masa tidak sampai sejam, berjanji untuk kembali beraksi tahun depan dengan mempamerkan permainan lebih baik.

"Ini menunjukkan banyak lagi yang perlu saya lakukan untuk mencapai impian saya," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu di Kelab Golf Diraja Selangor.

Aslina berkata dia mungkin membuat banyak kesilapan akibat asakan lawannya yang bermain dengan cukup agresif.

Dalam acara beregu wanita pula, pasangan Malaysia Yus Syazlin Nabila Yusri dan Theiviya Selvarajoo kalah 1-6, 1-6 kepada Irina Buryachok dari Ukraine dan Chan Hao-Ching dari Taipei.-BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan